Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Friday, September 18, 2009
Assalamualaikum w.b.t...



Di sini, pihak admin blog + forum HSBB (yang tak berapa nak meriah...huhu) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H...

Maafkanlah kami sekiranya kalau ada post2 kat blog dan forum yang menyinggung perasaan anda...dan juga salah dan silap sepanjang perkenalan kita dari TMTC Marang sehinggalah sekarang...dan selamat bercuti panjang bagi sesape yang bercuti seminggu cam aku...hahah

Monday, September 14, 2009

Aktiviti bdk2 HSBB d bulan puasa...

Monday, September 14, 2009
Lebih kepada aktiviti buka puasa aku n rakan2 hsbb9 yg ada jer...hahah...kami telah berbuka puasa bersama2 di PJ Hilton pada 10 September lepas di atas jemputan rakan sekerja kami di
ANOC...layankan gambar ni~

 

suspek2 nye...

  

keadaan 5 minit sblum berbuka...

 

antara makanan yg dibedal...

Sila jeles beramai2 ek...hahah

Wednesday, August 19, 2009

Pertandingan amik gambar. 1 Malaysia

Wednesday, August 19, 2009

Warga TM sekalian,

Sekeping gambar membawa seribu perkataan. Negara kita mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Kita berkongsi gelak ketawa dan juga waktu susah bersama rakan-rakan berlainan kaum. Ianya lebih bermakna jika detik-detik sebegini dapat dirakamkan supaya kita boleh mengenangnya kembali.

Selaras dengan kempen 1Malaysia TM, GCC menganjurkan satu pertandingan fotografi yang bertemakan “Erti 1Malaysia bagi Saya”. Anda bebas untuk mentafsirkan tema 1Malaysia dengan kreativiti anda sendiri dan menterjemahkannya ke dalam imej.

  • Sila ambil perhatian:
  • Pertandingan adalah terbuka kepada semua anggota TM
  • Gambar hendaklah diambil oleh anda sendiri
  • Saiz fail hendaklah tidak melebihi 1MB (format JPEG sahaja)
  • Hanya pengubahsuaian asas sahaja dibenarkan, contohnya ‘crop’, ‘resize’, ‘colour/levels correction’, ‘unsharp’
  • Pengubahsuaian haruslah diaplikasikan secara sekata terhadap seluruh imej, ‘selection’ tidak dibenarkan
  • Gambar tidak boleh mengandungi imej yang yang tidak sepatutnya dan tidak melanggar undang-undang
  • Keputusan oleh pihak juri adalah muktamad
  • Tarikh tutup ialah pada 18 September 2009.

Untuk penyertaan, klik di sini.

Tarikh tutup ialah pada 18 September 2009. Selamat mengambil gambar dan semoga berjaya!

Terima kasih.

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telekom Malaysia Berhad

Monday, August 17, 2009

1SUARA: 17 OGOS 2009

Monday, August 17, 2009

Warga TM sekalian,

Sila rujuk pautan di bawah untuk berita minggu ini. Selepas anda masuk ke laman tersebut, pilih ’17 August 2009’ dan klik butang ’Get News’.

http://1intra/Publications/Berita/_layouts/TM/WeeklyNews.aspx

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terkini, layari http://1intra di mana anda boleh membaca pengumuman terbaru, siaran akhbar, dan maklumat mengenai TM. Anda juga boleh memberikan pandangan anda menerusi undian serta forum perbincangan. Seperti biasa, kami mahukan maklum balas dan pendapat anda mengenai komunikasi dalaman TM. Hantarkan e-mel kepada kami di gcc@tm.com.my.

Disertakan ringkasan 1Suara : 17 Ogos 2009 untuk perhatian anda.


Salam hormat.

Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

_________________________________________________

Berita Utama

Majlis Pelancaran “KRISTAL Hall Of Fame Awards”

Learning & Development Division telah melancarkan “KRISTAL Hall Of Fame Awards” di lobi Menara TM pada 13 Ogos 2009.

More Online Directories from TMIM

TM Info-Media Sdn. Bhd. (TMIM), signed three Memorandum of Collaborations with its partners on 14 August 2009 namely International Islamic University Malaysia (IIUM), FlyFirefly Sdn. Bhd.(FlyFirely) and FriedChillies Media Sdn. Bhd. (FriedChillies) to publish the online versions of Halal Pages (e-Halal), Malaysia Tourist Pages (e-Holiday) and F&B outlets directory (e-Dining) in its Yellow Pages online directory.

TM presents Eason Chan Moving on Stage Concert

TM was proud to present ‘Eason’s Moving On Stage 26 Live in Malaysia 200’9 concert last Sunday, 16 August 2009, held at the Surf Beach, Sunway Lagoon theme park.

MMU Awards Honorary Doctorate to Tan Sri Musa Mohamad

Multimedia University (MMU) conferred the Honorary Doctorate of Knowledge Science to Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad on its 10th Convocation Ceremony held at the Grand Hall of MMU, Cyberjaya last 8 August 2009.


Berita Kumpulan

Lawatan TSSSB ke Terengganu

Pada 5 dan 6 Ogos 2009 yang lalu, pihak Pengurusan Kanan TSSSB telah membuat lawatan ke Terengganu.

Pameran MERS 999 di MATRADE

Sebagai pengendali Pusat Panggilan Kecemasan yang ulung di Malaysia, MERS 999 telah dijemput untuk menyertai pameran dan juga memberi ceramah sempena 1st National Meeting And Clinical Conference On Pre-Hospital Care And First Responder Service yang berlangsung di MATRADE pada 12 dan 13 Ogos 2009.

Bengkel Kerja Pasca Pelaksanaan dan Keberkesanan Projek MERS 999

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama TM telah menganjurkan Bengkel Kerja Pasca Pelaksanaan dan Keberkesanan Projek MERS 999 Fasa 2, pada 5 hingga 7 Ogos 2009 di Bandar Hilir, Melaka.

Program GBA Networking di Kuala Lumpur

Program Rangkaian Global Business Assurance Networking (GBA) telah diadakan pada 11 Ogos 2009 di TM Bukit Mahkamah.

MMC Celebrates Its 13th Convocation

Multimedia College (MMC), formerly known as Telekom Training College and a wholly owned subsidiary of Multimedia University (MMU), held its 13th convocation on 11 August 2009 for 435 graduates.

Fibrecomm’s Durian Fest

Fibrecomm organised a fest named “Crazier ‘bout Durian Fest 2009” at Kompleks Sukan Bangsar last 28 July 2009.


Berita Negeri

PIKOM PC Fair di Pulau Pinang

Unit Channel Consumer Penang telah mengadakan satu kempen jualan bersempena dengan PIKOM PC Fair pada 7 hingga 10 Ogos 2009 di Penang International Sport Arena (PISA).

Seminar Biznet di Pulau Pinang

SME Sales TM Pulau Pinang telah menganjurkan BizNet 2 & pameran online booth BroadBand, Infoblast dan TollFree bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 4 Ogos 2009 yang dihadiri oleh seramai 146 orang pelanggan.

Program Le Tour de Low ECP di Pulau Pinang

Unit Consumer Sales Pulau Pinang telah mengadakan satu program jualan secara beramai-ramai ke kawasan-kawasan Low ECP pada 5 Ogos 2009.

Program Peningkatan Kendiri TM Terengganu

Pada 4 hingga 6 Ogos 2009 TM Terengganu telah mengadakan program peningkatan kendiri di Rumbia Resort, Paka, Terengganu.

Program Kesedaran Anjuran TM Pahang

Pihak Pengurusan Felda Lepar Hilir 1 & 4, Unit Consumer Sales TM Pahang telah mengadakan program penerangan dan kaunter jualan sempena perjumpaan bulanan yang telah diadakan bersama-sama dengan peneroka pada 7 Ogos 2009.

Majlis Penyampaian Zakat di Pahang

Program Agihan Zakat TM Pahang telah diadakan di Balairaya Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin pada 7 Ogos 2009.

Seminar Biznet di Batu Pahat

SME Sales TM Johor telah menganjurkan Seminar Biznet di Hotel Katherina, Batu Pahat pada 12 Ogos 2009.

Jom Redah bersama TM Johor

TM Johor telah menganjurkan aktiviti Jom Redah di Johor Bahru dan daerah sekitarnya pada 8 dan 9 Ogos 2009 yang lalu.

'Streamyx Restoration Syndication' di Johor

Abdul Latib Tokimin, Naib Presiden Bahagian Centre of Excellence Technology dan delegasi telah ke TM Johor untuk menyampaikan taklimat berhubungStreamyx Restoration Syndication’ pada 8 Ogos 2009.

Pengurus Besar TM Johor Turun Padang

Pengurus Besar TM Johor, Mohd Roslan Mohd Rashidi telah meneruskan sesi lawatan kerja dan teh tarik bersama anggota TM Johor dengan lawatan ke TM Segamat dan TM Kluang pada 13 dan 14 Ogos 2009.

'Jin Notti Road Tour' di Negeri Sembilan

Krew produksi filem Jin Notti telah berada di Seremban bagi mempromosikan filem terbaru terbitan KRU Production pada 9 Ogos 2009.

Syoknya Fiesta di Sungai Petani

Pada 8 dan 9 Ogos 2009, TM Consumer Sales Kedah & Perlis yang diketuai oleh Mohamad Sidik Md Salleh, telah menganjurkan Program Syoknya Fiesta di Village Mall, Sungai Petani.

Kaunter Awam Bergerak Bersepadu di Negeri Sembilan

TM Negeri Sembilan telah menyertai program Kaunter Awam Bergerak Bersepadu Agensi Tempatan dan Syarikat Swasta yang dikendalikan oleh Biro Pengaduan Awam dengan kerjasama Jabatan Kerajaan pada 8 Ogos 2009 di Kiara Square, Bahau.

Seminar Biznet di Sarawak

SME Sarawak telah menganjurkan Seminar 'SME BIZNET 2009' untuk pelanggan-pelanggan mereka di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching.

TM MSC 'Gung Ho'

TM MSC telah mengadakan satu program ‘Team Building’ pada 24 hingga 26 Julai 2009 bertempat di Bukit Fraser, Pahang.

TaklimatStreamyx Restoration Syndication” di Perak

Pada 4 Ogos 2009, Naib Presiden Bahagian Centre of Excellent Technology, Abdul Latib Tokimin dan delegasi telah turun padang ke Ipoh, Perak untuk menyampaikan taklimat mengenaiStreamyx Restoration Syndication” kepada wakil pengurusan kanan TM Perak.

Majlis Penutup Bulan OSHE TM Perak

Kempen Bulan OSHE TM Perak yang diadakan sepanjang Julai 2009 telah ditutup dengan rasmi oleh Haji Mohd Ali Nordin, Pengurus Besar Negeri TM Perak pada 3 Ogos 2009 di perkarangan Bangunan Ibusawat TM Pasir Puteh, Ipoh.


Kelab dan Rekreasi

Ceramah Perdana PKPIT di Kedah

Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Telekom Malaysia (PKPIT) Sungai Petani telah mengadakan Ceramah Perdana di hadapan Ibusawat Sungai Petani, Kedah pada 6 Ogos 2009 jam 9.00 malam.

Pertandingan Boling TM MSC bersama Pelanggan

Consumer Sales TM MSC telah mengadakan pertandingan boling dengan para pelanggan TM di ARL Superbowl Alamanda, Putrajaya pada 9 Ogos 2009.




Thursday, August 6, 2009

Sesi TT 1st

Thursday, August 6, 2009
Tarikh: 8hb Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: NZ (dekat affin bank - ciken wing)
Masa: 9.39 pm


dtg jgn tak dtg..!!

Monday, July 27, 2009

Penukaran URL dan nama forum

Monday, July 27, 2009
cadangan dari orang ramai, kita nye forum tu akan ditukar nama...

High Speed BroadBAnd sahaja... takde batch mana2... so sume hsbbnians leh masuk tak kira batch mana pun...




http://hsbb.forumotion.net


Sunday, July 26, 2009

Hari kebalikan dari terengganu

Sunday, July 26, 2009
malas tul nak letak cerita ceriti.. biar la gambar yg cerita...





















GO YOUTH 2009 !!!! video uploaded

Go Youth

Aktiviti ni nak kata best sangat, tak gak.. ade beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki...

tapi overall ok la.. byk gile kelab2 yang menyertai...

tengah melepak makan, tetiba aku nampak seseorang.... macam kenal... tapi kat mana eh

then dia panggil aku kak blog.. adoyai mamat adik blog rupanya.. sorry beb nama ko aku lupe.. muahahahah





dia mewakili myvi extreme club.. hehehe gile itam aku....







Thursday, July 23, 2009

GO YOUTH 2009 !!!!

Thursday, July 23, 2009

Jom ramai2 gi tengok2 perhimpunan kereta terbesar GO YOUTH 2009 esok kat bukit jalil....

semua kelab2 kete dari pelusuk negara datang....

antaranya

PROCC, GEN2NET, GEN2CLUB, YOSATO, VIVAOWNERCLUB, MYVI, HONDA, WAJA... ah sume2 pun la....

mai mai mai...








Jom Jalan2

salam to all kawan2...

ok disini ade cadangan... ape kata kita wat REUNION MOVIE...
ataupun REUNION BOLING...(edit: taknak karok skali ke??)

tarikh: 1 ogos 2009
waktu: ditentukan kemudian

tempat: kat mana ade boling or cinema...

SILA BERIKAN CADANGAN ANDA DIRUANGAN KOMEN INI....




HSBB 9/2009 Montaj


Ni montaj yang ade dalam laptop aku... dibuat oleh shahril and the geng..... sume ni kenangan kan.. miss all of u...



Tuesday, July 21, 2009

Special Case

Tuesday, July 21, 2009
Mula2 skali, admin2 ingin mengucapkan tahniah kpd semua yg telah mendpt penempatan kerja...dan juga telah mendpt meja, kerusi dan pc (blum lg kot) sendiri...tetapi, di post ini kami ingin memaparkan keadaan mereka yg telah disenaraikan dlm list "Special Case"...

Jikalau anda semua tidak tahu, ada segelintir drp kita masih tidak mendpt penempatan...dan ada juga penempatan mereka telah diambil org...dan ada pula yg nak tukar tempat...mereka2 ini diarahkan untuk menunggu di bilik mesyuarat a.k.a bilik interview di HC level 10...beginilah keadaan mereka:


awal pagi...




lewat petang...

Sama2lah kita doakan agar mereka mendpt posting secepat yg mungkin...

Saturday, July 18, 2009

YM id for HSBBnians

Saturday, July 18, 2009
Geng..

sila tinggalkan id ym anda kat komen sini... nanti admin akan wat satu list utk list ym so tat kita tak lost contact...

:)
rindu korang wehhhhh




Malaysia XI vs Man Utd



Malaysia XI 2-3 Man Utd (18/7/2009)

Michael Owen grabbed the headlines as the new signing scored the winning goal six minutes from time to give Manchester United a barely-deserved 3-2 win over hosts Malaysia. The Tigers had came back from two goals down to claw back to 2-2 against United thanks to Selangor midfielder Amri Yahyah's two goals. Malaysia then managed to keep United at bay with good possession play and were never under much pressure.

Malaysia XI: Mohd Amri Yahyah 45', 52'
Man Utd: Wayne Rooney 9', Nani 28', Michael Owen 84'

Malaysia XI 0-2 Man Utd (20/7/2009)

Michael Owen struck his second United goal in as many games as the Reds completed the double over the Malaysian XI with a comprehensive 2-0 victory.

Man Utd: Federico Macheda 10', Michael Owen 12'

Kudos to the Malaysian team...no more 0-5, 0-6 bashing...aggregate score only 2-5...it is something that we should really proud of!!




Friday, July 17, 2009

Facebook Group

Friday, July 17, 2009
Untuk makluman semua peserta2 HSBB 9/2009...
Group di Facebook telahpun di-create...
Namanye "HSBB 9/2009 TMTC Eastern"...
Link ada di sebelah kanan...n anda boleh join dgn serta merta...
Kat situ anda boleh r upload pic atau video, ber-forum n ber-posting kat wall...
Dan juga kepada sesiapa yg ada gmbr2 atau video2 yg menarik...
Zip-kan sume file n emel kat hsbb92009@gmail.com ...

Gallery Part 1

Credit to Mr Pesal Amir...













Wednesday, July 15, 2009

GALA GEMILANG HSBB9/2009 Superb

Wednesday, July 15, 2009
>alhamdulillah... majlis penutup dan dinner berjalan lancar...
semua pun berpuas hati.. aktiviti, persembahan superb...

pelbagai aktiviti telah disusun dengan gilang gemilang...
antaranya, persembahan kumpulan ( tragedi, rusila oh rusila, akapela, dikir barat dan koir). sesi karok menjadi antara acara yang ditunggu2 oleh semua.. encik kaslimi dan encik rusdi tidak ketinggalan untuk memeriahkan acara karok dengan lagu widuri dan words.

makanan?? ermm bolehlaaaaaaa....
yang lain2 tu bestttttt.... sume pun sporting....

dan yang paling mencuit hati, dari sobri yang menyanyikan lagu DAN SEBENARNYA versi sendiri... gile besttttt... sporting habis....

sessi amik gambar pun leh tahan meriah nya.. macam2 posing ade... kat setiap sudut dewan tu penuh dengan kerlipan lensa kamera baik kamera cap ayam, hingga la camera cap nippon.

akhirnya semua pulang dengan kepenatan...

gambar2 akan dimasukkan kemudian... amik sikit dulu wat alas mata...

















sila bagi gambar kat email : hsbb92009@gmail.com







Majlis Penutup Kursus HSBB 9/2009

Tanpa disedari, telah 15 hari kami disini...
Segala kenangan suka duka, indah sedih, manis pahit telah kami harungi bersama-sama sebagai satu keluarga....

Ibu Hanisah, encik Kaslimi, encik Daud, encik Alias, Encik Zul, dan juga Encik Affendi telah banyak membantu kami dalam meneruskan kehidupan disini. Segala urusan menjadi lancar, alhamdulillah...

Kini, tibalah masa untuk hari penutup bagi Kursus Induksi HSBB 9/2009. Upacara ini telah disempurnakan Yang Berbahagia Encik Abd Latib Tokimin, Senior Vice President Center of Excellent Technology.



semoga segala kenangan disini menjadi satu kenangan manis yang tak dapat kita lupakan... dan semoga segala ilmu yang telah kita pelajari akan diadaptasikan ke dalam alam kerja kelak.




Lafaz penutup dari Yang Berbahagia Encik Abd Latib Tokimin


Penyampaian sijil kepada para peserta kursus HSBB 9/2009

Candids...