Wednesday, August 19, 2009

Pertandingan amik gambar. 1 Malaysia

Wednesday, August 19, 2009

Warga TM sekalian,

Sekeping gambar membawa seribu perkataan. Negara kita mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Kita berkongsi gelak ketawa dan juga waktu susah bersama rakan-rakan berlainan kaum. Ianya lebih bermakna jika detik-detik sebegini dapat dirakamkan supaya kita boleh mengenangnya kembali.

Selaras dengan kempen 1Malaysia TM, GCC menganjurkan satu pertandingan fotografi yang bertemakan “Erti 1Malaysia bagi Saya”. Anda bebas untuk mentafsirkan tema 1Malaysia dengan kreativiti anda sendiri dan menterjemahkannya ke dalam imej.

  • Sila ambil perhatian:
  • Pertandingan adalah terbuka kepada semua anggota TM
  • Gambar hendaklah diambil oleh anda sendiri
  • Saiz fail hendaklah tidak melebihi 1MB (format JPEG sahaja)
  • Hanya pengubahsuaian asas sahaja dibenarkan, contohnya ‘crop’, ‘resize’, ‘colour/levels correction’, ‘unsharp’
  • Pengubahsuaian haruslah diaplikasikan secara sekata terhadap seluruh imej, ‘selection’ tidak dibenarkan
  • Gambar tidak boleh mengandungi imej yang yang tidak sepatutnya dan tidak melanggar undang-undang
  • Keputusan oleh pihak juri adalah muktamad
  • Tarikh tutup ialah pada 18 September 2009.

Untuk penyertaan, klik di sini.

Tarikh tutup ialah pada 18 September 2009. Selamat mengambil gambar dan semoga berjaya!

Terima kasih.

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telekom Malaysia Berhad

0 comments:

Post a Comment