Sunday, July 5, 2009

OutDoor Gaming ~ ice breaking

Sunday, July 5, 2009
yehaaa... akhirnya kami bermain main diluar dewan pulak..
mula-mula kami diarahkan berlari 2 pusingan padang...
fuhhh semput gak lah kan nak berlari tu sementelah sudah lama tidak berlarian kan...
ape pun memang sumer peserta kursus ni amat lah sporting..
tak mampu berlari, kami berjalan... tapi takde la sampai merangkak - merangkak.

lepas lari-lari tuh, kami diarahkan untuk bermain satu game iaitu membuat sambungan tanpa putus. apa sahaja barangan yang terdapat didalam kawasan padang dikira sah untuk game ini.

rakan2 sedang berusaha membuat talian sambungan...

kami mula menyambung pelbagai barangan untuk menjadikan satu sambungan talian yang amat panjang. antara barangan yang digunakan seperti tali kasut, rumput, kabel, stokin, sapu tangan, jaring gol, getah paip, ranting pokok, pen, kasut, beg, tiang gol bola jaring, dan pelbagai lagi barangan yang tak tercapai dek akal namun menunjukkan semangat berpasukan serta kekreatifan setiap ahli kumpulan.

kasut pun ok...

rantaian orang pun ade gak... asal leh wat sambungan kan

setelah berhempas pulas dan berpanas, akhirnya kumpulan lapan ( kumpulan x chain ) berjaya bergelar juara kerana merupakan kumpulan yang berjaya membuat sambungan terpanjang.

tahniah kumpulan x chain....

kami kemudiannya kembali ke dewan untuk meneruskan game2 indoor yang lain...

0 comments:

Post a Comment