Monday, July 6, 2009

Ice Breaking & Team Building ~ Indoor

Monday, July 6, 2009
Bermula dari 2hb Julai 2009, setelah mengambil Pre Test, kami meneruskan Kursus Induksi HSBB 9/2009 ini dengan aktiviti Ice Breaking & Team Building dan aktiviti merangkumi beberapa management games. Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan, iaitu:

1. D1BB
2. 2 Attack
3. 3rd Generation
4. NGN
5. Phantom 5
6. Hi-Speed
7. 7-Up
8. X-Chain



Antara game-game yang dimainkan indoor ialah L&S (maaf, nama penuh tidak dapat dikesan), Ninja, Mosquito Net, Wrestling, dan Magic Rope. Dan kami di-supervised oleh En. Kaslimi dan Pn. Anisah serta urusetianya merangkap ninja-ninja...

Game L&S tidak ubah seperti 1-2-Som atau Gunting-Batu-Kain, cuma game ini menggunakan orang yang lebih ramai dan aksi yang lebih melampau...Game Ninja pula memerlukan wakil dari setiap kumpulan untuk meniru dan menggayakan aksi ninja-ninja yang dibawakan khas dari Jepun...

Manakala game Mosquito Net pula dimainkan oleh 6 orang dari setiap kumpulan untuk menggerakkan sebatang kayu (lebih kurang stick penyapu or mop...) melalui satu maze yang agak mudah sebenarnya (satu pusaran je kot) tetapi kalau tiada persefahaman antara 6 orang tu, memang akan memakan masa berjam-jam gak...

Game yang dinamakan Wrestling pula bukan main gusti seperti Triple H, Stone Cold atau The Rock...game ini sebenarnya memerlukan 8 orang pemain 'memancing' 5 biji botol air menggunakan 4 utas tali (2 orang 1 tali).

Kemudian, game yang paling last sekali ialah Magic Rope, di mana 2 orang perlu memboloskan diri dari gari yang diperbuat daripada tali. Game ini telah menimbulkan 2 ketidakadilan, iaitu skill memboloskan diri itu telah di-kantoi-kan oleh En. Kas...dan lagi satu, tali group 3 (group aku le tu) telah putus...patut ada remake game ni...dah la pemenang dapat 10 point...ini tidak adil!!

Maka dengan itu, kumpulan 2 Attack dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tahniah kepada mereka...

acid river in progress....

Wrestling.. yehaaaa


mosquito net... susah seyyyy

acid river yang ganas.. buaya2 ganas sedang membaham mangsa





ninjaaaa... hehehe

L&S... aummmmmmm

P/S: Maaf la diatas ke-biased-an ek...

0 comments:

Post a Comment